Novel Marry You
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Menyimpan perasaan suka dan cinta terhadap Khairul Adam telah menyebabkan nasib seorang gadis bernama Imna Safira seringkali ditimpa malang. Bermula dengan tiga kali pertemuan selepas mereka tamat belajar, perasaan kecewa mula meresap ke seluruh jiwa dan raga. Dia langsung tidak tahu tentang lelaki yang sering dipuja telah pun menjadi tunangan orang.
"Kau dah gila ke apa? Sejak bila aku jadi tunang kau, ha? Kau lupa ingatan ke yang tunang kau ada dekat rumah dan tunang kau tu Aisha Hana! Bukan Aku!" - Imna Safira.
"Cuba kau dengar dulu apa aku nak cakap. Aku cuma nak selamatkan kau daripada orang yang kau tak kenal siapa. itu je." - Khairul Adam.
"Selamatkan aku untuk apa Sedangkan perbuatan kau tadi tu tak menandakan yang kau nak selamatkan aku. Tapi kau nak pijak maruah aku!" - Imna Safira.
Daripada sebuah perasaan suka cuba digantikan dengan rasa benci. Imna sanggup melakukan bermacam cara untuk melupakan Khairul Adam, tetapi lelaki itu sentiasa ada di mana-mana saja dia berada, seolah-olah mahu menjadi pengawal peribadinya. Bahkan ketika dia cuba menyelamatkan diri daripada Khalil Asyraf, Adam tetap ada untuk memberi bantuan sehingga mereka terpaksa dikahwinkan atas dasar untuk menyelamatkan maruah keluarga.
Mampukah Imna dan adam mencari kebahagiaan dalam perkahwinan mereka? Adakah Imna akan bertahan dalam hubungan yang dibina atau pun menarik diri meninggalkan cinta yang tulus buat suaminya?