e-Book Aku Isteri Tuan Harif
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Blurb
Laisya Adriana kehilangan segalanya selepas kematian keluarga. Demi melangsaikan hutang keluarga dan pengajian di London, dia nekad untuk menjadi kekasih gelap Tuan Harif tanpa mengetahui yang lelaki itu sudah beristeri!
"Saya nak jadi isteri yang sah." - Laisya Adriana
"Bukan ke you cuma nak duit saja?" - Tuan Harif
Namun, dosa yang kian menjerat membuatkan Laisya memilih jalan halal. Dia hanya mahukan perlindungan, bukan cinta dan tanpa sedar Tuan Harif bersetuju, tetapi dengan satu syarat.
"I akan layan you sama saja macam sebelum kita berkahwin."
Walaupun rasa seperti tidak adil dengan layanan begitu, Laisya tetap bersetuju.
Konflik mula memuncak apabila Suzana, isteri pertama Tuan Harif tidak mahu melepaskan lelaki itu selepas mengetahui yang dia sudah dimadukan tanpa rela.
"You sanggup lepaskan I hanya kerana perempuan simpanan you? Are you insane!"
Antara tanggungjawab dan kehendak hati, mampukah Laisya bertahan sebagai isteri sah kepada Tuan Harif yang masih terperangkap dalam bayangan masa lalunya?