[ LUNITE ] Pre-Order - Salji Pertama
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Amsyar Adreena tidak pernah peduli tentang apa yang orang fikir. Bagi dia, pembuli perlu dilawan walaupun seluruh dunia menentangnya.
Namun, keberanian itu membawa harga yang mahal. Sehingga keluarganya terpaksa membawa dia pulang ke Korea Selatan, meninggalkan segala yang pernah dia kenal.
Di sana, dia bertemu dengan Khasyaf Safwan. Seorang pelajar dari Malaysia yang bukan sahaja mencuri perhatian, malah menjadi sasaran kebencian di Shin High School.
Pertemuan mereka tidak pernah bermula dengan baik. Setiap pertembungan hanya melahirkan pertengkaran.
Namun, dalam dunia yang penuh dengan tekanan dan ancaman, mereka terpaksa berdiri di pihak yang sama.
Apabila benci bertukar menjadi perlindungan dan jarak semakin dekat tanpa sedar... adakah itu masih kebencian atau sesuatu yang lebih berbahaya untuk dilupakan?