e-Book Kombo Gadis
- Regular price
- RM 36.00
- Sale price
- RM 36.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
🌷 BLURB GADIS JUTAWAN 🌷
Kemiskinan yang melanda telah menyebabkan Azinah dan bapanya, Joe menjadi gelandangan. Namun, tiada siapa tahu akan takdir perjalanan kehidupan seseorang itu boleh berubah dalam sekelip mata apabila dipertemukan dengan ‘tuah’ yang tidak disangka-sangka?
“Dari mana kamu dapat duit ni, Azrinah?” – Joe.
“Err.. Azrinah dapat kerja ayah.” – Azrinah.
Bergelar jutawan segera telah memberi impak yang luar biasa kepada Azrinah. Sekaligus menarik perhatian Serra yang sememangnya telah lama berimpian untuk menjadi ‘kaya-raya’.
Mampukah Azrinah mengekalkan kekayaan yang ada tatkala dia mulai sedar akan sebuah nilai penting dalam kehidupan selain wang ringgit?
•••
❤️🔥 BLURB GADIS BRUTAL ❤️🔥
Akibat cuba menangkis gejala buli yang menimpa rakan sebaya, nama Tayla Irya menjadi perbualan hangat para pelajar apabila dia pula yang dituduh sebagai pembuli tegar. Setelah digantung, akhirnya Tayla dibuang sekolah dan terpaksa mendaftarkan diri ke Sekolah Elite untuk memulakan kehidupan baru.
Namun di sekolah baru, Tayla bertemu kembali dengan Izan Ray. Lelaki yang pernah menjadi kekasih di sekolah lama. Tetapi, Izan yang dia kenal sudah berubah. Daripada seorang lelaki yang budiman menjadi pembuli di mana sikap itu amat bercanggah dengan prinsip hidup seorang Tayla Irya.
Kemunculan Jebat Jayden yang merupakan pewaris Presiden Bandaraya Metro dan ketua pembuli di Elite School, diam-diam telah jatuh hati pada Tayla. Tetapi, prinsip Tayla yang tegas menjadikan mereka sentiasa berbalah.
“Tay, stoplah main gila dengan Jebat. Aku tak nak, kau diapa-apakan. Kau belum kenal siapa Jebat Jayden.” – Izan Ray.
“Aku boleh lepaskan kau, tapi dengan satu syarat. Aku nak kau, jadi kekasih aku.” – Jebat Jayden.
Dalam dunia yang dikawal kuasa, pengaruh dan manipulasi, mampukah Tayla terus berdiri teguh mempertahankan prinsipnya? Atau akan rebah dalam permainan cinta dan dendam?