e-Book From Contract To Jannah
- Regular price
- RM 19.00
- Sale price
- RM 19.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Farah Anisa dan Kim Hongjoong merupakan dua insan yang susah untuk akur. Dari zaman universiti lagi pasti ada saja persaingan yang akan berlaku, selalu ada saja jengkel dan bergaduh antara mereka. Tidak hairanlah rakan sekerja lain sudah masak dengan gelagat mereka.
Suatu hari, majikan hantar memo yang mewajibkan Farah dan Hongjoong sertai program percutian syarikat untuk 'membangun kerjasama'. Tapi, kedua-dua mereka langsung membantah dan cuba untuk mengugurkan nama daripada program tersebut.
Sementara itu, Puan Hongju, ibu Hongjoong telah merancang untuk menjodohkan Hongjoong dengan gadis pilihannya. Untuk mengelak, Hongjoong turut merancang sesuatu dengan menarik Farah ke dalam permasalahan keluarganya.
"Aku tak nak kahwin lagi, tapi eomma aku suka sangat mendesak. Jadi, aku nak kahwin dengan kau." - Kim Hongjoong.
"What?! Awak dah gila ke Encik Hongjoong!" - Farah Anisa.
Masing-masing ego, tak mahu mengaku perasaan yang semakin bercambah di dalam hati.
"Ini kontrak, aku tak kesahlah kau nak terima ke tidak. Yang penting, hujung minggu ni aku bawa kau ke rumah eomma." - Kim Hongjoong.
"Gila betul laki ni. Aku tak kata setuju pun, dia dah campak kontrak kat muka aku!" - Farah Anisa.
Mereka berdua terus bertembung kepala, ego masing-masing tak mahu mengaku tentang perasaan yang mula bercambah.
"Ini kontrak, aku tak kesahlah kau nak terima ke tidak. Yang penting, hujung minggu ni aku bawa kau ke rumah eomma." - Kim Hongjoong
"Gila betul laki ni. Aku tak kata setuju pun, dia dah campak kontrak kat muka aku!" - Farah Anisa
Bila kontrak perkahwinan yang mula-mula cuma helah, akhirnya menjadi makin dekat. Tapi, mereka kena hadapi perbezaan budaya, adat, dan agama yang sememangnya mencabar. Adakah mereka mampu mengubah kontrak ini menjadi cinta sejati dan mungkin jannah bersama? Atau semua ini cuma drama macam biasa?