e-Book Alia Narina : Madu Beracun
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Pernikahan Alia Narina dan Tariq Azfar adalah sebuah rancangan yang telah ditetapkan oleh keluarga mereka. Walaupun tanpa rasa cinta, mereka ikutkan saja kemahuan kedua-dua buah keluarga kerana tidak mahu menghancurkan harapan orang tua, apatah lagi mereka sama-sama merupakan anak tunggal dalam keluarga masing-masing.
Pada awal pernikahan, segalanya berjalan dengan lancar. Setiap hari Alia merasakan kehidupannya seperti berbulan madu yang sungguh mengasyikkan. Tanpa terfikir, ada seseorang sedang memerhati dan menunggu waktu untuk memusnahkan semua itu.
"Abang dah berkahwin dengan Mira. Dia, isteri kedua abang. Abang harap Alia dapat terima semua ni dengan reda." - Tariq Azfar.
Semudah itu saja, Tariq menduakan cinta mereka. Alia tidak mampu untuk meredai keputusan yang telah Tariq ambil dengan menempatkan madunya di rumah mereka. Alia cuba melawan untuk mendapatkan haknya sebagai isteri pertama.
Tetapi, semua jalan yang dipilih hanya menemui kebuntuan. Seolah-olah semua itu tidak berpihak pada dirinya. Bahkan, mahu pulang ke rumah orang tua untuk meluah rasa juga Tariq tak izinkan.
"Apa yang kau dah buat dengan suami aku? Sampaikan suami aku berubah seratus peratus. Dah tak macam diri dia yang aku kenal dulu?" - Alia Narina.
Madu beracun, Alia sangkakan manis bak gula tetapi ternyata racun yang berbisa. Kehadiran Mira satu per satu rahsia lama mula tersingkap dan akhirnya menjerat Alia dan Tariq ke dalam sebuah permainan pembalasan dendam.