• Picsart_25-07-06_21-10-21-392
1

e-Book Combo Musim Luruh

Regular price
RM 78.00
Sale price
RM 78.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lucyana Bookstore
Worldwide shipping
Secure payments | Lucyana Bookstore
Secure payments
Authentic products | Lucyana Bookstore
Authentic products

CINTA, MUSIM LURUH


#QasehTerindahBuatThaqif 


BLURB


Cinta yang disemai selama lapan tahun, akhirnya kecundang dalam satu hari saja. Mahu menenangkan hati yang bergelodak kecewa, Nayla pergi bercuti ke Korea Selatan bersama sahabat baiknya.


Siapa sangka, di sana dia mengenali seorang jejaka bernama Muhammad Thaqif, abang kandung kepada sahabat Qaseh Nayla. Perkenalan yang hanya berlangsung 2 minggu membawa kepada putik-putik bunga cinta.


"Kau nak jadi isteri aku tak?" - Muhammad Thaqif.


Thaqif melamar Nayla untuk dijadikan isteri, tetapi Nayla meminta tempoh selama satu tahun untuk memberikan jawapan.


"Huh? Abang Thaqif serius ke ni? Perkahwinan bukan satu perkara main-main." - Qaseh Nayla.


Dalam tempoh setahun, pelbagai perkara telah berlaku. Mampukah Thaqif menunggu Nayla dan apakah jawapan Nayla untuk lamaran Thaqif?


CINTA MUSIM LURUH


#FallInLove


BLURB


Walaupun diputuskan Anas Zikry akibat lelaki itu berlaku curang di belakang Hasya Adira. Tidak bermakna Hasya serik untuk meneruskan kehidupan di kota metropolitan, Korea Selatan.


Menerima pekerjaan di tempat dia pernah menjadi 'intern' dahulu menyebabkan Encik Ehsan mengambil keputusan untuk menjodohkan Hasya dengan anak sahabat baiknya.


Megat Harees Asyraf, seorang lelaki bersikap dingin. Tetapi, kacak dan pandai dalam segala hal berkaitan pengurusan diri sendiri dan juga IT Operation. Boleh dikatakan sungguh sempurna di mata wanita-wanita yang melihatnya. Tidak terkecuali juga di mata Hasya Adira.


"Harees, awak setuju ke dengan cadangan orang tua kita?" - Hasya Adira.


“Why not? Perkahwinan itu perkara yang baik. Tak salah pun kalau aku ikut. Kenapa? Kau masih tak boleh move on dengan ex-boyfriend kau tu ke?” - Megat Harees Asyraf.


Mereka dijodohkan tanpa rasa cinta. Namun, di saat cinta mereka mula berputik. Satu demi satu kepercayaan Hasya terhadap Harees mulai goyah.


Munculnya seorang wanita bernama Park Luna telah menggangu-gugat rumah tangga Hasya dan Harees sehingga membawa kepada keguguran anak pertama mereka.


"Kalau aku tak dapat miliki Harees, tiada sesiapa yang boleh miliki dia. Termasuklah kau, Hasya!" - Park Luna.


Siapakah Luna? Dan mampukah Harees mengembalikan semula kepercayaan Hasya tentang cintanya hanya untuk Hasya Adira seorang sahaja?


CINTA MUSIM LURUH


#BETWEENYOUANDME


BLURB


Kim Jiyeon, seorang gadis pelajar tahun dua Sekolah Tinggi Victory mengalami kesukaran hidup selepas ditinggalkan oleh Puan Lee tanpa sebab musabab yang kukuh. Maka bermulalah, sebuah kisah perjalanan hidup Jiyeon yang agak terumbang-ambing.


Namun dalam kesusahan yang menimpa, seorang lelaki bernama Han Kihyun tidak pernah meninggalkan Jiyeon seorang diri. Walaupun mereka seringkali dianggap sebagai Tom and Jerry. Tetap juga dia sentiasa ada tatkala gadis itu memerlukan seseorang untuk menjadi bahu sandaran derita yang dihadapi.


“Tak apa, saya ada. Saya takkan tinggalkan awak, Kim Jiyeon.” – Han Kihyun.


“Terima kasih, Yoo Kihyun. Awak selalu ada untuk saya.” – Kim Jiyeon.


Tanpa sedar, hubungan teman tapi mesra mereka sedikit demi sedikit berubah arah. Akibat perasaan takut cinta ditolak menghantui diri masing-masing, mereka saling memendam perasaan sehinggalah Jiyeon terpaksa berpindah meninggalkan Kota Seoul.


Adakah derita hidup Jiyeon akan berterusan sehingga dia terpaksa meninggalkan Seoul? Bagaimana pula dengan Kihyun? Di antara Jiyeon dan Kihyun, siapakah yang dapat meluahkan rasa cinta terlebih dahulu? Atau mereka akan saling mencintai dalam diam sehingga ke akhirnya?


CINTA MUSIM LURUH


#FOREVERWEAREYOUNG


BLURB


Mempunyai rasa cinta untuk seseorang yang bergelar artis terkemuka di persada dunia, Hwang Aeya terpaksa menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan suka dan duka.


Ramai di antara orang yang mengenalinya mengatakan dia terlalu obsesi terhadap Kim Taehyun. Sehinggakan mereka sanggup menghina dan melakukan perkara keji kepadanya.


Namun, semua itu tidak pernah menghalang Aeya untuk menebarkan lagi rasa cinta terhadap jejaka itu. 

Walaupun mereka berbeza darjat, pangkat mahu pun status di antara orang biasa dan orang ada-ada. Cintanya itu tetap subur dan mekar senantiasa.


Tetapi siapa sangka, di sebalik kisah cinta yang mendalam bagi seorang Hwang Aeya. Ada sebuah rahsia yang disimpan rapi tanpa pengetahuan sesiapa.


“Forever we are young, walaupun dunia kita sudah jauh berbeza. Saya tetap akan berada di sisi awak untuk selamanya. Di dalam kenangan kita.” – Hwang Aeya.


Adakah cinta sejati itu wujud dan cinta Aeya terhadap Kim Taehyun akan terbalas? Rahsia apa pula yang Aeya sembunyikan?


CINTA MUSIM LURUH


#1000X


BLURB


Hubungan percintaan yang terjalin di antara Kang Yuna dan Kim Jae mengundang padah, apabila sahabat baik kepada Jae juga memiliki perasaan cinta terhadap wanita itu.


Bermacam cara Lee Min lakukan untuk mendapatkan cinta Yuna sewaktu Jae dilanda kesibukan untuk mengurus syarikat baharu di Busan.


Namun, semuanya tidak membuahkan hasil apabila Jae kembali semula ke Seoul dengan keinginan untuk melamar Yuna menjadi isterinya.


Kad peringatan yang bertulis ‘hati-hati’ sejak Jae kembali ke Seoul menjadi seribu tanda tanya. Walaupun begitu, dia hanya mengabaikan saja dan terus menjalani kehidupan seperti biasa.


Tetapi, siapa sangka akibat mengabaikan kad peringatan itu. Akhirnya, berlaku satu tragedi hitam yang langsung tidak terbayang dek akal fikiran.


“Oppa saranghae.” – Kang Yuna.


Itulah ungkapan terakhir yang Jae dengari sebelum dunia berubah menjadi gelap-gelita tanpa sinaran cahaya.


Apa yang telah berlaku? Siapa yang menghantar kad amaran tersebut? Bagaimana pula dengan perancangan Jae untuk melamar Yuna, adakah berjaya?