Novel Jantung
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Jung Darina, seorang gadis Korea yang berusia awal 20-an. Berperwatakan nerd dan tiada apa yang luar biasa tentang hidupnya. Kecuali tentang insan yang membesarkan dirinya. Tanpa pengetahuan sesiapa, selama ini dia tinggal serumah dengan seorang wanita yang langsung tidak mempunyai sifat kemanusiaan.
Akibat daripada terbiasa hidup bebas sejak kecil, Jung Dara sanggup berbuat apa sahaja demi mengecapi keseronokan dunia. Sehinggakan sanggup menjadi hamba pada 'hutang'.
Namun saat Dara gagal melangsaikan semua hutang tersebut, maruah Darina dijadikan sebagai taruhan. Dia nekad untuk 'menjual' gadis malang itu pada sebuah kelab malam.
"Tolong jangan tinggalkan saya di sini. Saya mahu pulang!" - Jung Darina.
Dalam waktu yang sama, Dong Mingyu yang bekerja sebagai dektektif polis sedang menjalankan siasatan ke atas sebuah organinasi gelap. Ketika mahu memburu ketua organinasi itu, secara tidak sengaja dia bertembung dengan Darina. Gadis tersebut kelihatan seperti sedang melarikan diri daripada pengawal-pengawal kelab malam.
Tatkala dua nyawa sedang dipertaruhkan, maka siapakah yang terpilih untuk menjadi galang ganti?