• White and Blue Minimalist Welcome Winter Instagram Post_20251221_090539_0000
1

[ Luderia ] Combo Autumn Frost

Regular price
RM 92.00
Sale price
RM 92.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lucyana Bookstore
Worldwide shipping
Secure payments | Lucyana Bookstore
Secure payments
Authentic products | Lucyana Bookstore
Authentic products

HARGA COMBO AUTUMN FROST : RM92


SEHARUM MAWAR BERDURI

Hamra Fitriani masih dihantui trauma masa lalu, fitnah mencuri telefon pengetua yang pernah meruntuhkan maruah dan keyakinannya sebagai ketua pengawas sekolah. Luka itu menjadi parut yang sukar dipadam.

Pertemuan semula antara Hamra dan Kaisar di sebuah kedai bunga tempat dia berteduh pada hari hujan membuka kembali luka yang cuba dia lupakan selama ini.

Keadaan bertambah rumit apabila Fiana cuba menjodohkan Hamra dengan sepupu yang sebenarnya ialah Kaisar sendiri. Namun temu janji itu berakhir dengan salah faham. Kerana terlalu segan, Kaisar meminta rakannya Izz menggantikan tempatnya.

Selepas lama berdiam, Kaisar memberanikan diri untuk tampil jujur dan menghampiri Hamra semula.

Namun di antara hujan yang turun dan jambangan mawar merah yang menjadi saksi, mampukah hubungan mereka perlahan-lahan tumbuh. Sementara Hamra masih belajar untuk mempercayai dan membuka ruang hatinya sekali lagi?


NAK SAYA BALIK TAK?


Perkahwinan Madhiah Inara dan Rifdi Akasya pernah seindah mimpi. Manis, lembut dan penuh dengan kasih sayang.

Namun, segalanya berubah apabila cemburu Rifdi semakin menjadi-jadi sehingga meretakkan rumah tangga yang selama ini kelihatan sempurna.

Percutian mereka ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila layanan kasar dan pertengkaran berpanjangan mengganggu kandungan Inara. Retak semakin parah apabila melibatkan pula isu perebutan harta keluarga Rifdi menambahkan lagi tekanan yang ada.

Hati Inara hancur dan memilih untuk pergi tatkala Rifdi langsung tidak ingat apa-apa.

Apabila ingatan kembali jelas, penyesalan mula menghantui Rifdi. Perlahan-lahan kesedaran menggigit hati apabila Inara sudah tiada di sisi.

Kini, Rifdi ingin membuang ego sejauh mungkin. Dia mahu berjuang mencari isterinya semula.

Namun mampukah cinta mereka kembali pulih atau segalanya sudahpun terlewat?



AURORA & SEPULUH TEMU JANJI

Aurora Angel John, 35 tahun, hanya mahu hidup dengan tenang sebagai editor majalah. Jauh daripada soal cinta dan drama kehidupan orang lain.

Namun adiknya, Violet, mempunyai perancangan lain untuk Aurora iaitu 10 temu janji bersama 10 lelaki berbeza dalam tempoh satu tahun sebelum kakaknya mencecah umur 36 tahun.

Akhirnya, Aurora terpaksa membuka hati dan melangkah ke dunia temu janji yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Lucu, janggal dan manis, semuanya ada. Tapi sesuatu yang lebih gelap sedang berlaku di bandar mereka.

Satu demi satu wanita muda ditemui mati. Persamaan antara mangsa mula menghantui fikiran Aurora kerana semuanya berkait dengan lelaki yang pernah dia temui.

Tatkala peluang mencari cinta dan pasangan hidup bertukar menjadi permainan minda seorang pembunuh misteri, mampukah Aurora menemui cinta sejati atau kegelapan terlebih dahulu menyentuh hatinya?



HATI YANG MEMBISU


Amara Selena, 17 tahun. Senyap, diam dan memendam retak yang tak pernah sembuh.

Tidurnya jarang lena, pertengkaran ibu dan ayah menjadi rutin... rumah yang dilihat indah di media sosial sebenarnya hanya topeng kepada derita yang membusuk dalam diam.

Dan di tengah kekacauan itu muncul Kael Ayden, satu-satunya cahaya yang Amara kenali.

“Saya janji, Amara. Saya akan lindungi awak.” – Kael Ayden.

Kael adalah ruang selamatnya. Nafas tenangnya. Tempat dia belajar untuk hidup.

Namun segalanya hancur sekelip mata.
Kael hilang. Desas-desus mula tersebar.

Kael disahkan mati.
Dunia Amara kembali gelap.
Cahayanya padam.
Janjinya runtuh.

“Kau janji akan lindungi aku? Mustahil kau mati seawal itu.” – Amara Selena.

Pada orang lain, Kael sudah tiada.
Tapi bagi Amara, Kael masih hidup.

Meski hanya sebagai bayang-bayang yang terus memanggil namanya...