[ Luderia ] Trio October Bloom
- Regular price
- RM 56.00
- Sale price
- RM 56.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
π BLURB : YES, SIR! UNTIL YOU BROKE ME π
Di zaman globalilasi yang semakin pesat dengan teknologi, ramai orang sedang berpusu-pusu mencari kerja di sana dan sini. Tidak terlepas juga seorang gadis bernama Naina Amira. Sudah puas dia mencari kerja di merata tempat, tanya saja interview apa tidak pernah dia hadiri? Stesen minyak petro pam? Butik pakaian? Kedai makan? Semuanya sudah! Tetapi sayangnya, semua tempat yang dia bertanya akan memberikan jawapan 'maaf, tempat kami dah penuh.'
Walaupun begitu, Naina tidak pernah berputus asa untuk mencari kerja yang boleh memberi dia wang ringgit bagi menyara kehidupan sehelai sepinggang. Sehinggalah suatu hari, dia mendapat peluang untuk bekerja menjadi cleaner di salah sebuah hotel. Teruja sungguh dibuatnya!
"Ini, ini, itu, semuanya awak yang kena bersihkan. Jangan tinggal secalit habuk pun. Faham!" - ZAIRIL ADAM.
"Yes, sir!" - NAINA AMIRA.
Disebabkan kerja yang dia peroleh itu adalah sebagai cleaner dan di antara semua pekerja yang sedia ada, dia adalah pendatang baru serta paling muda. Segala arahan si tuan empunya hotel sentiasa disahut dengan 'Yes, sir!'
Zairil suka membuli tanpa dia sedar itu adalah satu bulian. Tidak pernah terdengar rungutan mahupun rasa sebal sepanjang Naina bekerja di bawah arahannya. Sehingga menimbulkan rasa hairan pekerja-pekerja yang lain.
"Saya nak awak teman saya pergi dinner malam ni." ZAIRIL ADAM.
"Yes, sir! Eh?" - NAINA AMIRA.
Pelik bin ajaib, dia seolah-olah menjadi pak turut kepada Zairil. Tetapi! Hari itu, dia terkejut dengan ajakan si bos. Seterusnya, ajakan itu telah membawa mereka ke satu tragedi yang tidak dapat dielakkan untuk selama-lamanya.
Tragedi itu meragut kesetiaan Naina kepada Zairil yang selama ini diberikan satu trademark 'Yes, sir!'
Sudah hilang Naina yang patuh, sebaliknya muncul seorang Naina yang keras kepala. Dia cuba melarikan diri sejauh yang mungkin. Tetapi, apa daya yang dia ada? Sejauh mana dia melarikan diri, dia tidak dapat mengelak daripada tragedi hitam yang melanda diri.
πΉ BLURB JODOH PASTI BERTEMU πΉ
Elisa Suraya tidak pernah menyangka bahawa jodohnya akan datang dalam bentuk seorang lelaki dari masa silam Rayyan Yusuf, bekas kawan rapat yang kini merupakan kekasih orang lain. Dalam dilema antara memenuhi kehendak keluarganya dan mempertahankan prinsip sendiri, Suraya terjerat dalam perjodohan yang diatur tanpa kerelaan hatinya.
Bekerja sebagai guru, Suraya menjalani hari-hari yang penuh cabaran di sekolah bersama dua sahabat rapatnya, Ameera dan Emir. Emir pula sering menjadi tempat bergantung dan sumber keceriaan walaupun hakikatnya dia sudah berpunya. Di tengah hubungan yang rumit ini, Suraya mendapati dirinya dihimpit antara kenyataan dan emosi yang sukar dikawal, apatah lagi apabila majlis pertunangan dengan Rayyan semakin hampir.
Dalam masa yang sama, Rayyan turut terperangkap antara tanggungjawab sebagai anak dan kekasih kepada Hannan. Walaupun tidak rela, dia memilih untuk akur kepada kehendak keluarganya demi menjaga nama dan harapan orang tua. Namun, semakin dekat dengan Suraya, semakin terbongkar rasa dan rahsia yang telah lama dipendam.
"Jodoh Pasti Bertemu" bukan sekadar kisah cinta segi tiga, tetapi juga pengembaraan emosi yang sarat dengan pertanyaan tentang pilihan, pengorbanan dan ketentuan takdir. Mampukah Suraya dan Rayyan menepis semua konflik yang membelenggu dan menerima takdir jodoh yang ditentukan untuk mereka?
π BLURB SSSHHH... SILENT LOVE π
Qissya Wadya seorang pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM telah jatuh hati dengan seorang lelaki yang sangat terkenal bernama Al-Farizqi Safwan. Safwan merupakan rakan sekelasnya yang sentiasa nakal dan membuat masalah di sekolah. Perwatakan Safwan telah membuat Qiss semakin tertarik pada lelaki itu.
βKita classmate kan, so no thanks no sorry.β Ujar Qiss.
Qiss menyimpan perasaannya sejak dari Tingkatan 2 lagi dan kini dia sudah Tingkatan 5.
Perasaannya sedikit pun tidak berubah walaupun telah tamat persekolahan.
βUntil we meet again, my handsome man.β Bisik Qiss dalam hatinya.
Namun, mampukah gadis introvert seperti dirinya memiliki lelaki sesempurna Safwan? Layakkah dia memiliki hati lelaki itu? Adakah perasaannya sekadar cinta monyet sahaja atau perasaannya adalah sebuah cinta yang sebenar?