• 1755668084
1

[ Luderia ] Hadirmu Bukan Kupinta

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lucyana Bookstore
Worldwide shipping
Secure payments | Lucyana Bookstore
Secure payments
Authentic products | Lucyana Bookstore
Authentic products

Lebih baik pertemuan itu tidak seharusnya berlaku. Namun, takdir sudah tertulis. Selepas tujuh tahun, takdir menemukan semula Delisha Syakila dan Syahrul Radith. Perasaan Delisha bercampur aduk. Masih tidak percaya Syahrul akan muncul kembali dalam kehidupannya.

"Erk...kau ni dah kenapa pula, Isha? Kau tu patut gembira bila jumpa Syahrul tu semula. Mungkin dulu, yalah. Usia kau berdua masa tu terlalu mentah. Sekarang dah dewasa. Bincang baik-baik. Kadang ada perkara boleh diperbaiki semula." - Murni.

"Dah terlalu lambat, Murni." - Delisha

Disebabkan satu perjanjian baharu yang dibuat, Ayuni juga terlibat sama. Bukan itu sahaja, bahkan mereka kehilangan kepercayaan daripada orang yang sangat percayakan mereka selama ini. Keadaan bertukar menjadi semakin tegang. Satu per satu rahsia mulai terbongkar.

"Bukankah itu yang kau perjuangkan untuk anak kau. Ayuni." - Murni.

"Keadaan tak mengizinkan. Kau faham tak, Murni." - Delisha.

"Habis tu keadaan macam mana pula yang mengizinkan kau, Isha? Kau dah jumpa semula Syahrul. Mesti ada sebab kenapa kau berdua dipertemukan, Isha." - Murni.

Saat cinta lama bertemu semula, bersatu atau sebaliknya? Apa perjanjian yang dipersetujui antara Delisha dan Syahrul? Apa rahsia yang mereka simpan? Apa yang berlaku pada Ayuni pula? Siapa dan dapatkah mereka mengembalikan semula kepercayaan yang telah mereka khianati?